fbpx

Cemas 2 jam sesat di Pulau Mawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Endau melakukan khidmat khas mencari mangsa yang sesat ketika mendaki bukit di Pulau Mawar, Tanjung Resang, Mersing semalam. - Foto IHSAN BOMBA

MERSING – Keseronokan lima sekeluarga melakukan aktiviti mendaki di Pulau Mawar, Tanjung Resang bertukar detik mencemaskan apabila mereka tersesat selepas tidak menemui jalan keluar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Endau, Mohd. Alias Hussin berkata, kesemua mereka berusia 19 hingga 52 tahun itu datang ke pulau berkenaan kira-kira pukul 10 pagi.

Menurut beliau, mangsa tidak dapat menemui jalan keluar akibat keadaan air pasang berlaku di laluan pendakian pada waktu tengah hari sebelum mereka membuat panggilan kecemasan.

“Pihak bomba menerima laporan kejadian itu pada pukul 2.35 petang sebelum bergegas ke lokasi bersama sembilan anggota.

“Mangsa seramai lima orang terdiri dari dua lelaki dan tiga wanita dewasa tersesat di Pulau Mawar disebabkan air pasang besar yang menyebabkan jalan ke pulau itu terputus,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan keluarga itu sudah beberapa kali ke pulau berkenaan namun ketika kejadian mereka tidak dapat mencari jalan keluar ekoran fenomena air pasang besar yang berlaku.

Mohd. Alias berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan yang turut disertai penduduk setempat sejurus air surut.

Ujarnya, mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa kemudian dibawa keluar ke lokasi yang selamat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI