fbpx

Duit raya habis, kereta tak dapat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir

KUANTAN – Hasrat seorang pemandu lori ingin melaram dengan kereta Honda City menjelang Aidilfitri nanti bertukar duka akibat ditipu penjual kenderaan di Facebook.

Kejadian di Temerloh itu bermula pada Januari lalu apabila lelaki berusia 56 tahun itu dimaklumkan rakannya mengenai jualan Honda City terpakai berharga RM9,200.

Mangsa menjadi semakin berminat untuk membeli kenderaan itu apabila ditawarkan diskaun sehingga RM6,200 sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa lantas menghubungi penjual kenderaan tersebut pada hari sama.

“Suspek yang dihubungi itu meminta mangsa membuat bayaran tempahan kereta serta untuk pelbagai urusan lain.

“Pada 9 Februari hingga 30 April, pengadu telah membuat lapan transaksi pemindahan wang ke dalam tujuh akaun berbeza berjumlah keseluruhan RM14,850 namun masih tidak menerima kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Wazir suspek kemudiannya sekali lagi menghubungi mangsa pada Sabtu lalu dan meminta tambahan bayaran RM1,000 untuk urusan menghantar kereta.

Katanya mangsa bagaimanapun memaklumkan kepada suspek sudah tidak mempunyai wang untuk membuat sebarang bayaran sebelum suspek menyekat nombor telefon mangsa apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai kereta tersebut.

“Selepas menyedari ditipu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,”ujarya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI