fbpx

Suami isteri, dua rakan didakwa edar 392 kg ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepasang suami isteri dan dua rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 392 kilogram (kg) dua minggu lalu.

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri bersama dua lagi rakan mereka didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat lebih 392 kilogram (kg) dua minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan terhadap keempat-empat tertuduh iaitu Khairul Idzam Khairuddin, 50, bersama isterinya, Fazliana Zainudin,37, Mohd. Kamarul Kamaludin, 37, dan Adibah Noor Nekmat, 31 di hadapan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama telah mengedar dadah berbahaya disyaki kanabis dengan berat kasar 392.767 kg.

Kesalahan itu dilakukan oleh keempat-empat tertuduh di sebuah rumah di Kampung Paya Bemban di sini kira-kira pukul 8 malam pada 20 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 29 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan laporan kimia.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan, polis berjaya menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah jenis ganja dan syabu untuk bekalan kepada penagih di ibu negara, Johor dan Indonesia dalam dua serbuan berasingan dua minggu lalu.

Dalam dua serbuan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Tanah Merah telah berjaya merampas dadah jenis ganja serta syabu bernilai lebih RM4.58 juta.

Serbuan pertama dijalankan di dua buah rumah di sini kira-kira pukul 8 malam dan berjaya menahan empat suspek termasuk dua wanita berusia 31 hingga 50 tahun

Polis berjaya merampas dadah jenis ganja seberat 393 kilogram yang dianggarkan bernilai RM982,500 selepas menjalankan risikan selama lebih sebulan yang lalu.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI