fbpx

Hatrik Mintah lonjak Terengganu II

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINTAH enggan menjadikan faktor kecederaan sebagai penghalang untuk dia terus membantu gergasi Pantai Timur itu membawa pulang tiga mata dari Kuching.

KUALA TERENGGANU – Jaringan hatrik Jordan Mintah membantu Terengganu FC II (TFC II) menewaskan Kelantan United 4-1 dalam aksi Liga Premier di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Penyerang kelahiran Ghana itu membuka tirai jaringan seawal minit keempat selepas dia dijatuhkan di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol yang tersalah arah.

TFC II kemudian melancarkan serangan dari sebelah kanan melalui Muslihuddin Atiq Mat Zaid (m-13) namun percubaan bekas tonggak skuad B-19 negara itu melencong ke sebelah tepi gawang lawan.

Pada minit ke-32, Mintah menyudahkan sepakan penalti keduanya apabila bola terkena tangan pertahanan Kelantan United, Mohd. Hakim Ismail di dalam kotak penalti.

Kelantan United kendalian Akira Higashiyama berjaya merapatkan jurang menerusi Alfusainey Gassama pada minit ke-40 untuk membawa kedudukan 1-2 ke bilik persalinan.

TFC II terus garang selepas rehat menyaksikan tandukan Argzim Redzovic yang menerima umpanan Amirul Syazwan Nor Azmi memberikan gol ketiga pada minit ke-55.

Mintah melengkapkan hatrik dengan bergaya pada minit ke-70 hasil sepakan lencong dari dalam kotak penalti untuk tuan rumah semakin selesa mendahului 4-1.

Tiga mata diraih memastikan TFC II naik ke kedudukan ketiga liga mengumpul 16 mata, lima mata di belakang pendahulu, Negeri Sembilan manakala Kelantan United di tangga keempat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI