fbpx

Sebuah kereta, 8 motosikal terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kereta dan lapan motosikal musnah dijilat api dalam kejadian di parkir Kuarters Balai Polis Subang, Subang Jaya di sini petang tadi.

PETALING JAYA – Sebuah kereta dan lapan motosikal yang diletakkan di kawasan parkir kenderaan Kuarters Balai Polis Subang, USJ 8/2, Subang Jaya di sini musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 2.18 petang.

“Sepasukan 16 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, kita dapati sebuah lagi motosikal sedang terbakar 30 peratus,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI