fbpx

Penganjuran kejohanan badminton Terbuka Malaysia diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REEZAL yakin BAM memiliki kemampuan untuk menguruskan kejohanan Terbuka Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung pada hujung bulan ini.

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) yakin Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat memenuhi kesemua aspek pematuhan protokol Covid-19 yang diperlukan untuk menganjurkan kejohanan Terbuka Malaysia 2021 yang dijadual berlangsung hujung bulan ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihaknya akan membawa perkara itu untuk perhatian dan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Beliau berkata, penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa itu memerlukan protokol pengurusan yang lebih besar dan berbeza memandang­kan ia bakal disertai atlet luar negara.

“Terdapat beberapa negara yang sudah mengeluarkan nasihat perjalanan ke Malaysia se­perti China yang tidak akan men­yertai kejohanan kali ini serta beberapa negara yang dilarang memasuki negara ini seperti India.

“Saya yakin BAM mampu meng­uruskan kejohanan ini dan KBS akan menyokong usaha dilakukan BAM termasuk sokongan dari segi penyediaan kerangka gelembung sukan dalam memastikan penganjuran kejohanan ini dapat diadakan dengan selamat dan memenuhi keperluan SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, kita tetap menunggu hasil pembentangan dengan KKM dan MKN serta melihat perkembangan terkini antara BAM dan Persekutuan Badminton Dunia (BWF),” kata­nya pada sidang akhbar di George Town semalam.

Dalam perkembangan berbeza, beliau berkata, baki perlawanan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan berlangsung seperti biasa meskipun terdapat kemungkinan kerajaan terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaru dalam masa terdekat.

Ujarnya, ini kerana MFL serta beberapa kejohanan lain seperti Liga Hoki Malaysia (MHL) dan Liga Sepak Takraw (STL) sudah diberi kelulusan oleh MKN sewaktu model pelaksanaan PKP sebelum ini.

“Semua pemain dan jurulatih berada dalam model gelembung sukan dan tidak ada pelanggaran kepada PKP, jadi tidak ada kesan dan masih boleh diteruskan.

“Cuma bezanya jika ada PKP perlawanan selepas ini tidak akan dihadiri penonton,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI