fbpx

Lelaki maut kemalangan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Seorang lelaki maut manakala tiga lagi parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 263.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora di sini hari ini.

Nahas yang mengorbankan mangsa berusia 22 tahun itu melibatkan Perodua Myvi, Perodua Alza, Mitsubishi Triton dan motosikal Honda Wave.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Sharudi Muhamad Halil berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai nahas itu pada pukul 3.56 petang.

Setibanya di lokasi kejadian, anggota segera menjalankan operasi menyelamat dengan mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit dalam Perodua Alza.

“Mangsa lain termasuk lelaki yang maut telah pun dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI