fbpx

Zoo harimau Sriracha ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Salah satu zoo harimau paling popular di Thailand iaitu Sriracha Tiger Zoo ditutup buat selamanya, lapor berita The Thaiger semalam.

Zoo yang terletak di Chon Buri, Nong Kam itu sudah beroperasi selama 24 tahun semenjak 23 April 1997.

Pengarah urusannya, Wasan Temsiriphong memaklumkan akan berjumpa dengan semua pekerja esok bagi membincangkan bayaran pampasan.

Menurut Temsiriphong, sekatan perjalanan akibat Covid-19 yang hanya membenarkan pelancong domestik ke situ telah menyukarkan keadaan buat zoo tersebut.

Ketika ini, belum ada pengumuman dibuat berkenaan nasib haiwan-haiwan yang tinggal di zoo itu.

Sriracha Tiger Zoo merupakan pusat kemudahan terbesar di dunia yang membesarkan harimau Bengal.

Ia juga terkenal dengan pertunjukan pelik daripada haiwan-haiwan seperti buaya, gajah, unta, arnab dan ular. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI