fbpx

Penunggang basikal diberi pampasan RM41.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Seorang penunggang basikal warganegara Switzerland berusia 45 tahun menerima pampasan berjumlah S$13.6 (RM41.8 juta) selepas terlibat dalam satu kemalangan di Singapura yang menyebabkan kecederaan pada bahagian otaknya, lapor Mothership semalam.

Ia dipercayai merupakan rekod jumlah bagi kecederaan peribadi, lapor akhbar The Straits Times.

Menurut dokumen undang-undang Singapore Law Watch, ketika kejadian, Christian Joachim Pollmann bertugas sebagai pengarah eksekutif di bank Swiss, Julius Baer.

Pada November 2014, Pollmann sedang mengayuh basikal sepanjang Brickland Road di Jurong  bersama seorang rakan.

Pemandu kereta, Ye Xianrong yang sedang menukar lorong di jalan itu tidak menyedari Pollmann yang sedang berbasikal di hadapannya.

Biarpun menekan brek dengan kuat, lelaki itu telah melanggar Pollmann sehingga dia tercampak daripada basikalnya.

Pollmann mengalami kecederaan serius pada kepala yang memberi kesan kepada ingatannya dan menghabiskan masa selama enam bulan di hospital.

Pada 2016, Xianrong mengaku salah kerana menyebabkan kecederaan serius pada Pollmann, didenda S$5,000 (RM15,386) dan dilarang memandu selama tiga tahun.

Wang pampasan tersebut akan ditanggung oleh insurans Xianrong yang ketika ini sudah pun membuat bayaran interim kepada Pollmann berjumlah S$3.1 juta (RM9.54 juta). -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI