fbpx

Rumah cetakan 3D pertama di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Teknik cetakan 3D pada rumah ini menghasilkan permukaan dengan tekstur bergaris. -AFP

AMSTERDAM – Sepasang kekasih menjadi penghuni sulung rumah cetakan tiga dimensi (3D) pertama Eropah yang terletak di Belanda, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Elize Lutz dan Harrie Dekkers berpindah masuk ke rumah unik dengan keluasan 94 meter itu yang daripada luar kelihatan seperti sebuah batu besar dan bertingkap.

Kediaman tersebut merupakan projek kerjasama antara dewan perbandaran, Universiti Teknikal Eindhoven dan syarikat pembinaan Project Milestone.

“Semasa melihatnya buat pertama kali, bentuk rumah yang aneh mengingatkan saya kepada sesuatu yang pernah dilihat semasa kecil,” kata Lutz yang menyewa rumah tersebut bersama pasangannya, Dekkers dengan harga £700 (RM3,960) sebulan.

Biarpun kelihatan seperti rumah binaan biasa, rumah tersebut sebenarnya menggunakan teknologi canggih dan dicetak di sebuah kilang berdekatan.

Proses mencetak rumah itu menggunakan konkrit yang mempunyai kepekatan seperti ubat gigi yang mempunyai banyak lapisan.

Cetakan lapisan pada rumah itu memberikan tekstur bergaris pada bahagian dinding dalam serta luar rumah dan hanya mengambil masa selama 120 jam atau lima hari untuk disiapkan.

Menurut Profesor Universiti Teknikal Eindhoven, Theo Salet, teknik cetakan rumah 3D boleh mengurangkan bahan yang diperlukan untuk membina sesebuah rumah dan mengelakkan pembaziran bahan mentah. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI