fbpx

Reese Witherspoon dilabel artis baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REESE WITHERSPOON

PELAKON Reese Witherspoon menyamakan pengalaman hidupnya suatu ketika dahulu tidak ubah sebagaimana yang dilalui bintang pop terkenal, Britney Spears.

Pengakuan tersebut dibuat Witherspoon dalam majalah Times. Dia berkongsi pendapat dan reaksinya selepas menonton dokumentari khas, Framing Britney Spears.

Bintang filem Big Little Lies itu berkongsi pengalamannya dikejar paparazzi yang ingin mengorek mengenai kisah peribadinya, sama seperti yang berlaku kepada Spears.

“Anak-anak saya tahu situasi yang berlaku ketika di prasekolah dan bagaimana paparazzi memanjat bumbung kereta kami,” katanya.

Dalam pada itu, Witherspoon juga tidak dapat membayangkan apa yang akan berlaku dalam kehidupan dan kariernya sekiranya dia dilabel sebagai selebriti yang tidak baik oleh media.

Media antarabangsa melabelkan selebriti seperti Spears, Lindsay Lohan dan Paris Hilton sebagai selebriti ‘tidak bermoral’, manakala selebriti sepertinya dan Jennifer Garner dianggap sebagai artis yang baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI