PUTRAJAYA – Sebanyak 3,418 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 415,012 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan kes tertinggi sebanyak 1,200 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 587 kes dan Kelantan sebanyak 400 kes.
“Negeri lain ialah Johor (213 kes), Kuala Lumpur (198 kes), Terengganu (184 kes), Pulau Pinang (145 kes), Sabah (115 kes), Kedah (101 kes), Perak (77 kes), Negeri Sembilan (73 kes), Melaka (61 kes) dan Pahang (45 kes).
“Seterusnya, Putrajaya (lapan kes), Labuan (tujuh kes) dan Perlis (empat kes),” katanya pada Facebook di sini hari ini. -K!ONLINE