fbpx

Polis siasat Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa keping gambar majlis itu yang tular di laman sosial didakwa melanggar SOP.

PETALING JAYA – Polis mengesahkan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Hotel Westin di sini pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihak polis sudah mengambil keterangan empat individu terdiri daripada tiga penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel.

“Hasil penelitian mendapati wujudnya pelanggaran SOP penganjuran majlis sosial dengan tiada penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter bagi setiap individu.

“Kita akan panggil kesemua yang terlibat untuk memberi keterangan dan setakat ini empat individu sudah dipanggil termasuk tiga penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 21 A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkag-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) 2021.

Ujar beliau lagi, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila siasatan lengkap.

“Orang ramai diseru untuk terus mematuhi SOP dan kegagalan berbuat demikian membolehkan tindakan diambil di bawah undang-undang diperuntukan,” ujarnya.

Terdahulu, pada majlis itu antara artis yang hadir adalah penyanyi rap terkenal, Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI