fbpx

‘Kalau takdir jadi bini nombor 4, maka takdirlah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIZA ABDULLAH

PETALING JAYA – Selepas tujuh tahun bergelar ibu tunggal, dramatis terkenal, Liza Abdullah tidak akan menolak suratan takdir andai terpaksa hidup berpoligami.

Menurut Liza atau nama lengkapnya, Norliza Abdullah, 56, pengakuan tersebut bagaimanapun tidak bermakna dirinya terdesak untuk berumah tangga sekali lagi selepas bercerai dengan bekas suami, Zolkifli bdul Rahman pada 2014.

Bagi Liza, soal jodoh, maut dan pertemuan semuanya rahsia Allah.

“Kahwin itu kerja Allah. Siapa tak nak kahwin dalam dunia ini? Ada yang jadi nombor satu pun belum tentu bahagia. Kalau sudah takdir jadi bini nombor empat maka takdirlah.

“Pun begitu, kalau Allah sudah tentukan saya hidup solo sampai mati, saya juga reda. Pada masa sama, anak-anak saya semakin lama semakin membesar dan mereka sudah dan akan punya keluarga sendiri.

“Anak yang kita besarkan tidak selama-lamanya akan duduk atautidur dengan kita,” kata Liza ketika ditemui Kosmo! Online pada majlis berbuka puasa bersama 40 artis veteran di ibu negara baru-baru ini.

LIZA ketika hadir menyerikan majlis berbuka puasa artis-artis veteran baru-baru ini.

Pada masa sama, dramatis cukup dikenali menerusi watak Mak Leha dalam drama rantaian 7 Hari Mencintaiku itu mendedahkan sedang mengenali hati budi beberapa orang lelaki buat masa sekarang.

“Saya tidak nafikan sedang berkawan dengan beberapa lelaki. Serius tak serius itu, hanya saya sahaja yang tahu. Apa yang boleh saya cakap, ada lelaki yang serius ada yang tidak.

“Selama tujuh tahun hidup menjanda, bohonglah kalau saya kata saya tak sunyi. Untuk hilangkan rasa sunyi itu, saya sibukkan diri dengan bekerja. Apa pun, soal jodoh seperti saya cakap tadi, saya serahkan kepada Allah,” katanya lagi.

Liza mendirikan rumah tangga dengan Zolkifli Abdul Rahman pada 1988 namun bercerai pada 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI