fbpx

Bintang Kurnia bukan untuk mendabik dada dan disanjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Normala

PETALING JAYA – Bekas personaliti TV yang juga digelar Ikon dunia penyiaran tanah air, Puan Sri Normala Samsudin mengingatkan individu yang dikurniakan pangkat dan Bintang Kurnia supaya menggalas tanggungjawab dengan telus.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, bekas pengacara Nona itu memberitahu, pangkat dan kebesaran yang dikurniakan kepada seseorang itu bukanlah ‘tiket’ untuk mereka mendabik dada dan berbangga.

“Bintang Kurnia itu bukan untuk kita mendabik dada, bukan dikejar dan disanjung jua. Itu adalah tanda suatu hari nanti jika salah percaturan dalam menerajui tadbir negara, maka jawablah di akhirat kelak,” ujarnya.

Ujar isteri kepada bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid itu lagi, dia turut mengingatkan pemimpin supaya menggalas bintang (pangkat) yang diberikan dengan benar-benar telus agar tidak ada rakyat teraniaya dan melarat.

“Jika ada rakyat jelata yang teraniaya dan melarat, maka jawablah. Adakah kerja menggalas bintang ini benar-benar telus?

“Kita tanya diri kita yang lemah. Lemah dalam segala arah, melawan nafsu haloba. Ya Allah, tolonglah kami dalam mentadbir nafsu sendiri,” kata Normala.

Dalam hantaran berbeza, Normala turut mengucapkan tahniah dengan berkongsi beberapa keping foto sewaktu dia bersama suami menghadiri Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang ke-8 hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah itu menyaksikan Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kelapan menggantikan Tun Datuk Seri Utama Dr. Abdul Rahman Abbas. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI