fbpx

Hukuman setimpal kepada pengasuh bunuh bayi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rina

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meminta hukuman tegas dan setimpal diberikan kepada pesalah yang terlibat dengan penderaan terhadap bayi sembilan bulan yang dipercayai mati dibunuh pengasuh dalam kejadian di Kelana Jaya, Khamis lalu.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, pihaknya mengambil maklum kejadian itu dan berasa amat sedih serta hiba atas tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan terhadap mangsa.

“Kementerian memohon agar kes ini disiasat dengan teliti dan hukuman tegas serta setimpal diberikan kepada pesalah yang terlibat dengan penderaan serta salah laku kepada kanak-kanak.

“Kebajikan dan kesejahteraan kanak-kanak adalah keutamaan buat kita semua,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Rina berkata, dalam hal ini, ibu bapa perlulah membuat penilaian yang menyeluruh sebelum memilih pengasuh yang bersesuaian untuk menjaga anak-anak mereka menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya lagi, masyarakat juga perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan, memupuk sikap ambil peduli dan melaporkan sebarang kecurigaan yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing kepada pihak berkuasa.

“Sekali lagi saya mengingatkan kepada semua  bahawa keselamatan dan kesejahteraan  anak-anak perlulah menjadi keutamaan agar tragedi yang sama tidak berulang” katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, seorang bayi berusia sembilan bulan mati dipercayai didera seorang pengasuh dalam kejadian di Kelana Jaya.Hukuman setimpal kepada pengasuh bunuh bayi

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian pada 27 April lalu kira-kira pukul 7 malam.

Susulan itu polis menahan sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI