fbpx

Tempahan sukarela vaksin AstraZeneca dibuka tengah hari esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca secara sukarela akan dibuka kepada penduduk Selangor dan Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah hari esok.

Tempahan vaksin tersebut dilaksanakan berdasarkan kaedah first-come, first-served melalui pendaftaran di laman web Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), www.vaksincovid.gov.my.

Melalui maklumat yang dikongsi di laman Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), syarat tempahan vaksin itu adalah tertakluk untuk individu berumur 18 tahun ke atas.

Vaksin tersebut juga hanya untuk yang telah mendaftar vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini.

Individu yang mahu membuat tempahan juga dinasihatkan untuk melengkapkan diri dengan maklumat yang tepat sebelum tempahan.

Terdahulu, Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan vaksin AstraZeneca akan diberikan secara sukarela susulan kegusaran dalam kalangan masyarakat terhadap tahap keselamatan vaksin itu, yang dikaitkan dengan insiden pembekuan darah yang jarang berlaku di beberapa negara.

JKJAV memutuskan vaksin itu hanya ditawarkan kepada penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur buat masa ini selepas membuat pertimbangan mengenai bilangan kes di negeri berkenaan yang masih lagi tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI