WASHINGTON – Sekeping meme atau jenaka internet popular milik seorang anak gadis yang digelar ‘Disaster Girl’ kerana raut wajahnya yang nakal dijual sebagai ‘token digital tidak boleh ditiru atau ditukar ganti’ (NFT) pada harga AS$500,000 (RM2.05 juta), lapor laman berita teknologi The Verge kelmarin.
Imej itu memaparkan seorang anak gadis bernama Zoe Roth memandang ke arah lensa kamera berlatarbelakangkan sebuah rumah yang terbakar. Foto itu dirakam oleh bapanya pada 2005 ketika dia berumur empat tahun.
Roth memberitahu akhbar New York Times bahawa dia akan menggunakan wang tersebut untuk membiayai pengajiannya dan sebahagian lagi akan didermakan kepada pusat kebajika
Roth bukan bintang meme pertama yang mendapat keuntungan daripada lelongan karya NFT. Sebelum ini, pencipta meme Nyan Cat, Chris Torres menjual karya miliknya pada harga AS$600,000 (RM2.47 juta).
NFT Roth dibeli oleh sebuah studio muzik berpangkalan di Dubai, 3F Music.
Studio tersebut turut membeli beberapa NFT lain termasuk Overly Attached Girlfriend pada harga AS$411,000 (RM1.68 juta) dan The New York Times meta NFT-column pada harga AS$560,000 (RM2.3 juta).
3F Music dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pihaknya bekerjasama dengan beberapa penasihat seni yang berpengetahuan dan berpengalaman serta percaya mereka harus berkembang seiring dengan kemajuan teknologi. – Agensi