fbpx

Senjata pilihan buru Winner Winner Chicken Dinner

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SENJATA AWM hanya boleh didapati menerusi kotak airdrop oleh pesawat ketika pertempuran berlangsung.

PERMAINAN video Player Unknown’s Battlegrounds (PUBG) sememangnya diketahui ramai sudah menjadi satu fenomena di seluruh dunia, lebih-lebih lagi apabila ia dibangunkan untuk platform telefon mudah alih.

Ramai tidak menafikan, bukan tugas mudah untuk setiap pemain meraih kemenangan yang terkenal dengan jolokan winner winner chicken dinner sekiranya strategi dan senjata yang digunakan tidak sesuai.

Kebiasaannya, setiap pemain akan memilih senjata yang bersesuaian dengan diri serta kea­daan bagi meningkatkan peluang mencatat kemenangan.

 

SENJATA M416 salah satu senjata terbaik dengan pelbagai aksesori tambahan seperti muncung (muzzle), kelopak peluru dan skop dalam permainan PUBG.

 

Senjata paling popular dalam kalangan pemain PUBG adalah M416 yang dikatakan antara senjata terbaik memandangkan ia boleh dipadankan dengan pelbagai aksesori tambahan seperti muncung (muzzle), kelopak peluru dan skop.

M416 juga merupakan antara senjata yang memiliki kestabilan tinggi serta mampu mengakibatkan kecederaan meskipun musuh berada pada jarak 445 meter (m).

Mampu menghasilkan kece­deraan parah terhadap lawan pada pertempuran jarak dekat turut menjadikan M416 antara senjata yang paling banyak digunakan oleh para pemain PUBG.

Selain M416, Groza turut berada dalam kategori senjata raifal tempur paling digemari dalam permainan PUBG memandang­kan ia hanya memerlukan tiga atau empat peluru untuk menjatuhkan musuh.

Menggunakan peluru jenis 7.62 milimeter (mm), Groza mampu menjadi senjata ‘maut’ buat musuh pada pertempuran jarak dekat sekiranya ia dipadankan dengan kelopak peluru tambahan.

Bagaimanapun, agak sukar untuk mendapatkan Groza kerana senjata ini hanya boleh didapati menerusi kotak airdrop yang dibekalkan oleh pesawat ketika pertempuran berlangsung.

Dalam pada itu, raifal sniper yang paling dicari-cari dalam permainan video ini adalah AWM, namun tidak mudah untuk para pemain mendapatkannya kerana ia hanya boleh didapati menerusi kotak airdrop.

Sekiranya AWM berada dalam genggaman, sudah pasti setiap pemain mampu menarik nafas lega memandangkan raifal sniper ini boleh membunuh musuh de­ngan serta-merta sekiranya mela­kukan tembakan tepat di kepala.

Seperti biasa, setiap senjata memiliki kelemahan tersendiri dan AWM tidak terkecuali memandangkan ia mengambil masa yang agak lama untuk mengisi peluru, sekali gus memerlukan pemain berjaga-jaga dengan kea­daan sekitar.

 

SENJATA M249 amat sesuai digunakan jika berada di lokasi lebih tinggi seperti bukit dan bumbung.

 

Selain Groza dan AWM, me­singan M249 merupakan satu lagi senjata yang hanya boleh didapati menerusi kotak airdrop dan ia mampu menjadi mimpi ngeri buat pemain musuh kerana dilengkapi 100 butir peluru dalam satu masa.

Senjata ini amat berkesan sekiranya pemain berada dalam kea­daan meniarap kerana ia mening­katkan lagi kestabilan M249 dan amat sesuai digunakan jika berada di lokasi lebih tinggi seperti bukit dan bumbung.

Tempoh masa yang agak lama bagi mengisi peluru menjadi satu kelemahan ketara senjata ini, sekali gus memberi kelebihan kepada pemain musuh untuk mengambil kesempatan ke atas anda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI