fbpx

Kain rentang bahasa kasar elak individu buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
David (dua dari kiri) melihat longgokan sampah yang dibuang di bahu jalan di Jalan Kikik, Taman Inderawasih di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Pemasangan kain rentang menggunakan bahasa kesat dijangka berkesan untuk menyedarkan pihak tidak bertanggungjawab daripada membuang dan melonggokkan sampah di bahu jalan.

Ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), David Marshel berkata, pihaknya memasang kain rentang berkenaan di 150 lokasi yang sudah dikenal pasti sebagai tempat orang ramai meninggalkan sampah secara haram.

“Projek rintis yang dilaksanakan hari ini menggunakan 150 kain rentang yang akan dipasang di kawasan-kawasan di mana penduduk gemar membuang sampah.

“Segelintir penduduk ini tidak menyedari sikap mereka itu membuatkan rutin pekerja pembersihan terganggu kerana selain terpaksa membersihkan sampah haram, mereka perlu memastikan kerja kutipan sampah di kawasan perumahan selesai mengikut jadual,” katanya kepada pemberita di Butterworth di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, antara penyebab utama pertambahan lokasi pembuangan sampah haram adalah kerana sikap tidak bertanggungjawab sebahagian golongan pekerja warga asing.

“Pemantauan akan dibuat selama tiga bulan dan kita akan perhati sama ada langkah ini berkesan untuk membendung masalah sampah haram.

“Saya juga merancang untuk menyediakan kain rentang menggunakan bahasa asing supaya warga Bangladesh dan Nepal antaranya memahami amaran yang dikeluarkan.

Tambahnya lagi, MBSP meneruskan pemberian ganjaran sebanyak RM100 bagi setiap individu yang menyalurkan maklumat berhubung aktiviti pembuangan sampah haram di kawasan terbiar dan bahu jalan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI