fbpx

DBKL benarkan dua bazar Ramadan beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bazar Ramadan Jalan Raja Alang

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membenarkan bazar Ramadan Jalan Raja Alang dan Taman Setiawangsa di ibu negara beroperasi semula seperti biasa.

Keputusan itu dibuat disebalik arahan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) supaya operasi perniagaan bazar Ramadan berkenaan ditutup mulai hari ini.

“Setelah memperolehi maklumat terbaharu, DBKL membuat keputusan membenarkan dua Bazar Ramadan ini beroperasi semula seperti biasa dengan menambah bilangan anggota penguat kuasa bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi dengan kawalan dipertingkatkan.

“DBKL tidak akan berkompromi kepada ketidak patuhan kepada SOP dan tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang terlibat,” kata DBKL dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, KPKT mengarahkan operasi perniagaan di 22 bazar Ramadan di seluruh negara termasuk di Jalan Raja Alang dan Taman Setiawangsa ditutup mulai hari ini selepas dikesan berlaku penularan wabak Covid-19 dalam kalangan pengunjung bazar.

Arahan itu diberikan kepada 12 pihak berkuasa tempatan di tujuh negeri berkenaan menerusi satu memo dikeluarkan Ketua Setiausaha KPKT bertarikh semalam.

DBKL berkata, DBKL telah mensyaratkan kepada pihak penganjur untuk bersama-sama memastikan pematuhan SOP dilaksanakan dengan berkesan.

Kata DBKL, pada masa yang sama, DBKL masih menunggu keputusan terkini daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung operasi dua bazar Ramadan itu.

“DBKL berharap agar semua pihak terutamanya pengunjung dan penjaja dapat memberi kerjasama yang baik dalam memastikan pematuhan SOP di semua bazar Ramadan yang beroperasi di sekitar Kuala Lumpur,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI