fbpx

Melaka berputih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Melaka United FC, S. Kumaahran (kiri) bersaing dengan pemain Kedah Darul Aman FC, Mohd Loqman Hakim Marzuki (kanan) pada perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Cita-cita Melaka United (MU) untuk meneruskan rentak kemenangan tidak kesampaian apabila anak didik jurulatih, Zainal Abidin Hassan itu tewas 1-3 kepada Kedah dalam perlawanan Liga Super di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.

Kekalahan skuad Sang Kancil pastinya menjadi tamparan hebat kepada Zainal Abidin selepas beraksi cemerlang sewaktu menang tipis 1-0 ke atas Perak di tempat lawan, minggu lalu.

Begitupun, pujian harus diberikan kepada kesebelasan utama MU yang beraksi cemerlang tetapi tuah lebih memihak kepada Kedah untuk mencatat kemenangan ketujuh dan terus mengekalkan kedudukan tangga kedua Liga Super, mengutip 23 mata.

Kedah ketinggalan satu mata di belakang JDT yang terikat 1-1 bertemua Kuala Lumpur manakala MU pula turut kekal di tangga kelapan dengan 10 mata.

Kedah membuka tirai jaringan pertama pada minit ke-17 apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Tuan Mohd. Yassin Tuan Mohd. Hanafiah setelah pemain pertahanan MU dari Korea, Sukwon Jang tertampan bola sepakan Kpah Sherman.

Kpah yang diberikan tanggungjawab mengambil sepakan itu mudah menolak masuk menewaskan penjaga gol, Norazlan Razali.

Gol awal itu membuatkan anak didik Zainal Abidin terus menggandakan asakan cuba mencari gol penyamaan namun gandingan serangan Stevan Nikolic dan Alex Gocalves tumpul untuk menggugat penjaga gol Kedah, Mohd. Shahril Saari.

Peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-31 tetapi hampa apabila sepakan percuma Ahmad Syamim Yahya dari luar kotak penalti melewati palang gol pelawat.

Akhirnya, gol penyamaan dicari tuan rumah hadir menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Stevan Nikolic pada minit ke-38.

Tuan Mohd. Yassin tidak teragak-agak menghadiahkan sepakan penalti kepada skuad Sang Kancil selepas pemainnya dari Filipina, Manuel Ott dijatuhkan oleh Renan Alves di kawasan kotak penalti.

Pada minit ke-50, Melaka hampir meledakkan jaringan kedua namun tandukan Sukwon Jang yang menerima hantaran S. Kumaahran mengenai tiang gol.

Kedah kembali di depan mengatasi MU 2-1 apabila Kpah meledakkan jaringan kedua dengan mudah menolak masuk hantaran daripada Tchetche Kipre pada minit ke-62.

Empat minit sebelum tamat perlawanan, Ketua Pasukan Kedah, Baddrol Bakhtiar menjaringkan gol ketiga buat pelawat – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI