fbpx

Sang Penyu waspada helah Harimau Kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain TFC dituntut supaya lebih waspada dengan ancaman skuad Harimau Kumbang menjelang aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu malam ini.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

BIARPUN masih segar kejayaan menumbangkan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu, Terengganu FC (TFC) tidak memandang ringan pertemuan dengan ­Penang FC di laman sendiri malam ini.

Pengendali Sang Penyu, Mohd. Nafuzi Zain mengingatkan anak-anak buahnya bahawa tiada jalan mudah biarpun mereka kini gah di tangga kedua, manakala Pulau Pinang pula pendatang baharu Liga Super.

Beliau berkata, TFC perlu berwaspada dengan helah skuad kendalian Thomas Trucha itu yang kian membuktikan kemampuan tersendiri musim ini.

“Skuad Harimau Kumbang merupakan antara yang menonjol musim ini, malah prestasi semasa dalam carta liga menjadi petunjuk kualiti mereka selaku juara Liga Perdana pada musim lalu.

“Beraksi di hadapan penyokong tegar di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (Kuala Terengganu) bukan jaminan untuk kita capai kemenangan, apatah lagi TFC kini hanya dua mata mengatasi Penang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Mohd. Nafuzi berkata, persiapan untuk menghadapi Pulau Pinang masih sama seperti aksi-aksi sebelum ini kerana TFC beranggapan tiada lawan mudah dalam Liga Super.

Tegasnya lagi, anak-anak buahnya perlu berhati-hati untuk mengelak daripada ditumbangkan skuad Harimau Kumbang yang kian membuktikan kualiti mereka untuk menghuni kelompok atasan Liga Super.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI