fbpx

City bersedia julang kejuaraan awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY perlu menewaskan Palace sambil berharap United tunduk kepada Liverpool untuk menjulang kejuaraan liga lebih awal. – AFP

MANCHESTER – Misi penting menanti Manchester City menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Selhurst Park malam ini.

The Citizens pastinya tidak mahu mensia-siakan peluang untuk mengutip tiga mata bagi menjarakkan diri dengan pencabar terdekat, Manchester United.

City juga berpeluang untuk menjulang kejuaraan liga lebih awal sekiranya menang ke atas Palace selain perlu mengharapkan United tewas kepada Liverpool malam esok.

Pengurus City, Pep Guardiola mengakui mereka hanya memerlukan dua kemenangan bagi membolehkan mereka menjulang trofi Liga Perdana buat kali kelima.

“Liga Perdana adalah saingan yang paling menarik selain mampu membuatkan mana-mana jurulatih bangga apabila memenanginya. Saya harap ka­mi mampu me­rampas kembali kejuaraan itu.

“Sekarang kami memiliki kelebihan 10 mata dan hanya memerlukan dua kemenangan. Bagaimanapun, saya mahu semua pemain fokus untuk dapatkan tiga mata ketika berdepan Palace,” katanya.

Sementara itu, pengurus Uni­ted, Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini berkata, perebutan takhta liga untuk pasukannya sudah berakhir, namun beliau menegaskan bahawa United tidak akan memberi laluan mudah buat Liverpool dalam pertemuan di Old Trafford esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI