fbpx

Adik Lutfi kesayangan ramai, hafal 30 juzuk al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan Adik Lutfi (kanan) muncul dalam siaran langsung program Geng Ngaji secara panggilan video bagi menyempurnakan bacaan al-Quran baru-baru ini.

MINGGU ini, warganet terhibur dengan sebuah video tular memaparkan gelagat seorang kanak-kanak bernama Lutfi yang membuat panggilan dalam program siaran langsung Geng Ngaji untuk membaca bacaan al-Quran yang terputus sebanyak tiga kali.

Meskipun hanya menerusi panggilan telefon, ramai yang tidak kering gusi ketika menonton sedutan video program tersebut.

Selepas videonya tular, Adik Lutfi membuat kemunculan semula dalam program sama, tetapi menariknya dia berjaya menghabiskan bacaan al-Quran tanpa sebarang gangguan teknikal.

Rata-rata netizen teruja melihat kehebatannya mengalunkan bacaan ayat suci sambil disaksikan tiga pengacara iaitu Fakhrul Radhi, Farhatul Fairuzah dan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman.

Paling membanggakan, Adik Lutfi yang baru berusia 9 tahun itu sudah menghafal 30 juzuk al-Quran.

Ramai yang memuji cara didikan ibu bapanya kerana berjaya melahirkan seorang anak yang mencintai al-Quran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI