fbpx

Kuih laris selepas kisah tular di media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chek Nah dikunjungi Qolbin di Kampung Pinang Kamunting, Taiping hari ini.

TAIPING – Belum jual sudah habis. Itulah yang berlaku terhadap kuih-muih seorang warga emas yang berniaga di sebuah gerai, Kampung Jana Baharu di sini selepas kisah kesusahannya tular di media sosial semalam.

Chek Nah Husain, 71, berkata, dia sebenarnya tidak tahu kisahnya tular sehingga menerima banyak panggilan daripada orang ramai yang prihatin tentang kehidupannya.

“Sejak dari malam tadi dan sehingga hari ini,makcik banyak menerima tempahan kuih-muih daripada orang ramai sehingga tidak sempat dijual kepada pelanggan di gerai.

“Kuih-muih yang saya dan kakak buat ialah kuih lapis, karipap, seri muka hijau dan lepat liat yang dijual pada harga hanya RM1 untuk lima biji kuih.

“Harga jualan kuih ini adalah seperti itu dari sejak dahulu lagi,” katanya ketika ditemui hari ini.

Terdahulu, Chek Nah dikunjungi Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Kampit Rezeki Perak, Qolbin Salim Sulaiman yang menyampaikan sumbangan barangan keperluan untuk membuat kuih-muih berserta wang tunai.

Chek Nah memberitahu, dia menghidap kanser payudara dan telah menjalani pembedahan pada awal tahun ini.

Katanya, setelah sembuh, dia menjual kuih-muih di gerai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah adiknya yang diduduki sekarang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI