fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan takziah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Md Yusnan meninggal dunia akibat serangan jantung pagi tadi. - FOTO IHSAN ISTANA NEGARA

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan Dr. Md. Yusnan Yusof yang meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi suasana sedih dan pilu tersebut.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham sebagai wakil rakyat dan ADUN Kelantan kepada masyarakat dan negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” kata kenyataan itu.

Allahyarham turut memegang jawatan Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Kelantan dan merupakan bekas pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebelum dilantik sebagai ADUN Melor sejak tahun 2013.

Allahyarham juga pernah berkhidmat sebagai Pakar Pendidikan di Education Directorate, Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization di Rabat, Maghribi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI