fbpx

Sekolah di Kelantan tutup sehingga Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Kelantan akan terus ditutup sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri.

Perkara itu disahkan dalam satu surat rasmi daripada Pengarah Pendidikan negeri, Zulkernai Fauzi kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) semalam.

Menurut surat itu, semua sekolah di negeri Kelantan ditutup bermula 3 Mei sehingga cuti Hari Raya Aidilfitri.

“Sesi persekolahan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula pada 16 hingga 27 Mei depan.

“Semua sekolah kemudiannya bercuti pertengahan tahun bermula 28 Mei hingga 12 Jun. Sekolah akan dibuka semula pada pada 13 Jun,” katanya.

Menurut Zulkernai, beliau meminta kerjasama semua pegawai pendidikan daerah untuk memastikan guru melaksanakan PdPR sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Katanya, dalam masa sama, semua sekolah perlu membuat pemantauan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan dipatuhi.

Sebelum ini, semua sekolah di Kelantan di tutup sehingga 1 Mei ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh daerah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI