fbpx

Tapak perumahan diserbu lakukan sambungan bekalan air haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapak projek perumahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur yang diserbu SPAN kerana membuat penyambungan air haram.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menyerbu sebuah tapak projek perumahan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur kerana didapati membuat penyambungan bekalan air secara haram.

Menerusi kenyataan dikeluarkan hari ini, serbuan SPAN bersama Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) itu dilakukan pada Rabu lalu selepas mendapat aduan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan itu juga dilakukan setelah mendapat waran serbuan daripada pihak mahkamah.

“Pemeriksaan mendapati terdapat sambungan bekalan air secara terus daripada paip utama milik Air Selangor yang terletak berhampiran lokasi tapak pembinaan menggunakan paip HDPE berukuran 50 milimiter (mm),” katanya.

SPAN berkata, kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menegaskan tiada sesiapa selain pemegang lesen boleh membuat sambungan ke saluran paip utama.

Katanya, jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan maksimum satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Jelasnya lagi, notis pemberitahuan kesalahan telah dikeluarkan kepada pihak kontraktor yang terlibat.

“Orang ramai dipohon untuk memaklumkan kepada operator air anda sekiranya terdapat sebarang kegiatan mencurigakan yang anda syaki berkaitan aktiviti mencuri bekalan air bersih termasuk membuat penyambungan secara tidak sah.

“Sebarang aduan atau maklumat berkenaan pencemaran para pengguna boleh menghubungi talian 03-8317 9333 atau emel [email protected],” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI