fbpx

Suspek sebar video polis trafik, terlibat kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis akan membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki yang bertindak memuat naik video anggota trafik di laman sosial Instagram dipercayai berniat untuk menjatuhkan imej anggota berkenaan dan juga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suspek dikatakan bertindak demikian selepas naik berang apabila disaman anggota berkenaan atas kesalahan guna lesen kenderaan motor (LKM) bagi tujuan lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, anggota terbabit telah membuat laporan selepas mengetahui dirinya dan rakan setugas ditularkan oleh suspek di laman sosial itu, semalam.

“Suspek tidak berpuas hati dengan tindakan anggota mengeluarkan saman atas kesalahan guna LKM bagi tujuan lain pada Isnin lalu dan suspek juga sudah dikenakan denda RM1,000 oleh mahkamah atas kesalahan itu.

“Suspek juga telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam untuk membuat laporan polis kerana terbabit kemalangan langgar belakang dan dikenakan saman,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, semakan rekod lampau terhadap suspek mendapati dia dikehendaki kes bersabit Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Cheras untuk tindakan lanjut,” ujarnya.

Tegas, tindakan suspek menularkan video berkenaan secara tidak langsung telah menjatuhkan imej PDRM serta menjejaskan reputasi anggota trafik terbabit.

Katanya, suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI