fbpx

Dua kakitangan badan berkanun negeri ditahan SPRM Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINABALU – Dua kakitangan sebuah badan berkanun selepas disyaki menerima rasuah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin.

Kedua-dua individu berkenaan dipercayai menerima wang berjumlah kira-kira RM 2,700 sebagai balasan mendapatkan kontrak kerja.

Menurut sumber, wang sogokan itu diminta daripada pekerja yang menjalankan kerja pertanian di badan berkanun terbabit.

“Seorang daripada suspek berusia 40-an ditahan kira-kira pukul 3.15 petang dalam satu operasi di Tuaran.

“Susulan penahanan suspek pertama, ia membawa kepada penahanan suspek kedua berusia 30-an sekitar pukul 8 malam di pejabat SPRM Kota Kinabalu,” katanya hari ini.

Jelasnya, turut dirampas wang tunai berjumlah RM 3,500 yang dipercayai diterima secara rasuah.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Katanya, kedua-kedua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dilepaskan dengan jaminan SPRM,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI