fbpx

31 individu di Sabah dikenakan kompaun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 31 individu dikenakan kompaun berikutan gagal menjaga penjarakan fizikal di tempat awam di Kota Kinabalu hari ini. Foto IVAN AMIRUL

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Seramai 31 individu dikenakan kompaun berikutan gagal menjaga penjarakan fizikal di tempat awam.

Semua individu terbabit melanggar undang-undang Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu sempena Pemantauan Op COVID-19 hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi bermula sekitar pukul 12 tengah malam di sekitar bandar raya.

“Tiga serbuan melibatkan tiga premis berasingan sekitar pusat bandar.

“Tiga pemilik premis juga dikompaun atas kesalahan melanggar SOP bersama 28 pelanggan membabitkan 18 lelaki dan 10 wanita berusia lingkungan 21 sehingga 50 tahun.

“Semua individu berkenaan didapati melakukan kesalahan kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal seperti ditetapkan kerajaan.

“Semua orang kena kompaun (OKK) dibawa ke IPD Kota Kinabalu bagi tindakan proses pengeluaran kompaun,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Habibi berkata, semua boleh dikompaun mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.7) (No. 2) 2020.

Sementara itu, Habibi mengingatkan masyarakat kepentingan mematuhi SOP ditetapkan khususnya ketika berada di tempat awam dalam mengelakkan peningkatan jumlah kes COVID-19.

Menurutnya, pemantauan dan pemeriksaan berterusan dibuat dari semasa ke semasa dan tindakan tegas dikenakan ke atas individu melanggar SOP,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI