fbpx

Suami isteri tinggal sehelai sepinggang rumah musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah di Kampung Bahagia, Teluk Intan hari ini.-IFoto HSAN JBPM

TELUK INTAN: Sepasang suami isteri warga emas tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dijilat api di Kampung Bahagia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, suami isteri berusia lingkungan 60-an itu berjaya menyelamatkan diri sebaik saja menyedari terdapat api di bahagian atas rumah dua tingkat.

Difahamkan, lelaki warga emas yang sukar bergerak itu terpaksa dipapah keluar oleh isterinya sebelum kediaman mereka hangus terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Mohd. Ismail Mohd. Yunus berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.06 petang.

Katanya, setibanya di lokasi, didapati api sedang marak menyambar rumah dua tingkat yang struktur binaannya separa batu dan kayu.

“Kerja-kerja memadam kebakaran segera dilakukan di mana kita dapat mengawal kebakaran itu dari merebak dalam tempoh 30 minit.

“Kebakaran itu memusnahkan rumah berkenaan serta dua buah motosikal dan sebuah kereta Perodua Axia,” katanya.

Menurut beliau, seramai 22 anggota dari BBP Teluk Intan dibantu anggota BBP Hutan Melintang dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Teluk Intan terlibat dalam operasi tersebut.

“Menurut mangsa, kebakaran mula dikesan dari bahagian atas rumah. Punca kebakaran dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI