fbpx

Ek tekad ambil alih The Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EK dilaporkan berminat untuk membeli Arsenal, namun pemiliknya, KSE tidak berminat untuk menjualnya. – AFP

LONDON – Pemilik aplikasi penstriman audio Spotify, Da­niel Ek berharap Kroenke Sports & Entertainment (KSE) yang memiliki penguasaan terhadap Arsenal bersetuju untuk menjual pemilikan mereka.

Ek yang ditemu bual sebelum ini mengakui bahawa be­liau serius mengenai rancangan berkenaan dan berharap KSE dapat mengubah pendirian mereka selepas menolak cadangan penjualan kepentingan dalam kelab itu sebelum ini.

Bilionair dari Sweden itu dilaporkan mendapat soko­ngan kuat daripada beberapa legenda Arsenal seperti Therry Henry, Dennis Bergkamp dan Patrick Viera untuk mengambil alih kelab berkenaan.

“Saya menjadi peminat Arsenal sejak berusia lapan tahun. Arsenal adalah pasukan saya. Saya sangat sayangkan Arsenal, pemain-pemainnya dan sudah tentu para peminatnya.

“Kerana itu saya melihat banyak peluang dan ruang untuk melakukan perubahan terhadap pasukan ini supaya ia kembali berada di landasan kegemilangan seperti sebelum ini.

“Saya mahu mendapat kepercayaan peminat. Saya sa­ngat serius, dana yang saya fikir bersesuaian untuk mendapatkan hak pemilihan Arsenal sudah disediakan dan berharap mereka bersedia untuk mendengar tawaran ini,” katanya.

Bagaimanapun, Ek percaya bahawa situasi ini tidak akan berakhir dengan mudah dan mengambil masa untuk menjadikan ia sebagai kenyataan.

KSE dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan bahawa mereka tidak berminat untuk menjual pegangan di dalam kelab berkenaan dan bersedia untuk memberikan sokongan penuh kepada pengurus, Mikel Arteta.
– agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI