fbpx

RM2.02juta bantu asnaf Riqab Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hashim (kiri) menyerahkan replika cek kepada Ketua Bahagian Pemulihan Riqab MAIS, Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid (kanan) sambil disaksikan Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Ustaz Suhaimi Ismail.

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbang RM2.02 juta kepada Rumah Pemulihan Al-Riqab (RPA) menerusi Geran Sukuan Pertama Tahun 2021 bagi membantu kebajikan golongan asnaf riqab, hari ini.

Sumbangan yang menggunakan peruntukan Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu membabitkan sebanyak 27 buah RPA sekitar Selangor di bawah seliaan MAIS.

Setiausaha MAIS, Dr. Ahmad Shahir Makhtar berkata, bantuan itu dapat dimanfaatkan golongan riqab tersebut program pemulihan yang dilaksanakan oleh MAIS dengan dibantu badan bukan kerajaan berdaftar bertujuan mendidik dan membimbing mereka ke pangkal jalan.

Asnaf riqab bermaksud hamba Islam atau seseorang yang terbelenggu di bawah satu kuasa yang menghalang kebebasannya dirinya seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).

“MAIS prihatin terhadap golongan ini untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan serta kesejahteraan ekonomi juga sosial masyarakat Islam selaras hukum syarak.

“Sumbangan ini secara langsung membantu golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Penyampaian disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Riqab MAIS, Tan Sri Hashim Meon kepada 27 RPA dalam majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Perdana Riqab MAIS 2021.

Antara RPA yang menerima bantuan ialah Rumah Pemulihan Akhlak Insani, Rumah Solehah, Rumah Bela Insan serta Rumah Perlindungan dan Bimbingan Wanita Bayt Rahmah.

Mengulas lanjut, Ahmad Shahir berkata, pihaknya berharap bantuan yang diberikan ini dapat digunakan sebaiknya oleh pengusaha RPA.

“Ini termasuk dalam menjalankan tanggungjawab sosial bagi memastikan golongan asnaf ini diberi perlindungan sewajarnya,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI