fbpx

42 peniaga dikompaun gagal patuh SHMMP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Hairul Anuar (tengah) mengadakan pemeriksaan sempena SHMMP di Pasar Awam Larkin, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Seramai 42 peniaga di negeri ini dikenakan tindakan kompaun kerana gagal mematuhi Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2021 yang diperkenalkan sejak 21 April lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro berkata, 33 peniaga didapati melakukan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga barangan yang dijual.

Katanya, sembilan kes lagi melibatkan peniaga yang masih berdegil menjual melebihi harga kawalan yang ditetapkan oleh pihak kementerian.

“Peniaga-peniaga diminta mematuhi segala undang-undang perniagaan yang telah ditetapkan dan tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang sewenang-wenangya.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya mendapati peniaga yang melakukan kesalahan berkaitan bekalan dan harga,” katanya selepas mengadakan pemeriksaan sempena SHMMP di Pasar Awam Larkin, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah melakukan 1,226 pemeriksaan meliputi 1,201 pemeriksaan di peringkat peruncit dan 25 pemeriksaan di peringkat pemborong sejak SHMMP dilaksanakan hingga kini.

Katanya, hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap kira-kira 150 peniaga terdiri daripada penjual ayam, ikan, daging, mendapati mereka mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan di bawah SHMMP.

Seramai 15 orang anggota penguat kuasa KPDNHEP cawangan Johor Bahru terlibat dalam pemeriksaan yang diadakan di pasar berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI