fbpx

3,332 kes baharu direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian kekal merekodkan angka mengatasi 3,000 dengan 3,332 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 404,925 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor melaporkan 1,083 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 522 kes dan Kelantan sebanyak 401 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (359 kes), Johor (207 kes), Pulau Pinang (158 kes), Sabah (131 kes), Negeri Sembilan (111 kes), Kedah (105 kes), Pahang (92 kes), Perak (91 kes) dan Melaka (43 kes).

“Negeri lain ialah Terengganu sebanyak 19 kes, Putrajaya dengan sembilan kes serta Perlis dengan satu kes,” katanya melalui ciapan Twitter di sini hari ini.

Ujarnya lagi, Labuan tidak merekodkan kes baharu hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI