PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah disahkan positif Covid-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.
Pejabat Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata, Saifuddin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan dan pemantauan rapi oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).
“Buat masa ini, beliau sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu kemasukan ke wad di hospital,” katanya.
Kenyataan itu berkata, sepanjang tempoh rawatan dan kuarantin, Saifuddin akan terus memantau dan memastikan segala urusan kementerian berjalan dengan lancar.
Pada masa sama, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesembuhan dan memohon maaf di atas kesulitan yang timbul akibat daripada situasi ini. -K! ONLINE