fbpx

Nora jadi isteri Tan Sri Annuar Musa? Anak tampil bersuara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (kiri) dan Annuar (kanan).

PETALING JAYA – Anak sulung penyanyi Datuk Nora, Mohamad Syakir Iman Johan menafikan dakwaan tentang pernikahan ibunya dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang sohor kini dalam media sosial.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Twitter, Syakir tampil menepis khabar angin bahawa ibunya telah bergelar isteri kepada menteri terbabit.

“Kepada semua peguam, adakah ini (dakwaan Nora bernikah) boleh dianggap satu fitnah? Saya baru bertanya kepada ahli keluarga saya.

“Jika pengguna (pemilik Twitter) tersebut menyatakan bahawa Tan Sri Annuar Musa telah berkahwin dengan Datuk Nora, sila kemukakan bukti atau memang kerja dia untuk cipta fitnah murahan,” tulis Syakir.

Tangkap layar Twitter individu berkenaan.

Tegasnya lagi, dia begitu mengenali ibunya dan menolak dakwaan yang kini tular dalam Twitter.

“Tidak mengapa kalau anda tidak mengenali siapa ibu saya. Tetapi mengapa perlu saya berbohong mengenai perkara tersebut?

“Ini (pernikahan Nora) memang tidak benar,” ujarnya.

Meninggallkan ciap balas dalam Twitter individu tersebut, Syakir turut menjawab semua persoalan netizen berhubung status ibunya dengan Annuar Musa.

“Ini fitnah semata-mata pak cik. YB Annuar bukan bapa tiri saya.

“Tak perlu ambil serius bila yang tweet pun macam tak boleh pakai sahaja,” katanya lagi.

Terdahulu, timbul satu ciapan oleh seorang pengguna Twitter bernama @zack_rockstar apabila memuat naik satu hantaran mengucapkan tahniah apabila mendakwa pelantun lagu Naluri itu telah selamat bernikah dengan Annuar Musa.

“Tahniah @AnnuarMusa kerana memiliki ‘Datuk’ yang istimewa. Dah berkepak kepak kabom. Patut garang bebenor (sangat) sekarang. I like… hurmmm… Aummmm…!!!” demikian ciapan pengguna itu.

Sehingga kini Kosmo! Online masih menunggu kenyataan rasmi daripada Nora sendiri bagi meleraikan segala kekeliruan akibat dakwaan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI