fbpx

Dzeko yakin Roma miliki kualiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DZEKO (kanan) percaya Roma mampu melakar kejutan ketika United dianggap sebagai pasukan pilihan ke pentas final. – AFP

ROM – Penggempur utama AS Roma, Edin Dzeko mendedahkan bahawa dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk berdepan Manchester United tanpa rasa gentar pada aksi separuh akhir pertama Liga Europa awal pagi esok.

Aksi yang berlangsung di Old Trafford itu bakal menyaksikan Dzeko kembali ke Manchester buat kali pertama selepas me­ninggalkan kelab lamanya, Manchester City pada 2015 sekali gus mengimbau semula kenangannya ketika berdepan aksi derbi sebelum ini.

Bagaimanapun, penyerang antarabangsa Bosnia itu sedar bahawa tugas getir menanti Roma, namun tidak menolak kemungkinan bahawa pasukannya mampu melakar kejutan biarpun United dianggap pasukan pilihan untuk ke final.

“Anda tidak bermain pada aksi separuh akhir setiap masa. Kami sedar mengenai kekuatan mereka dan United adalah pilihan pada aksi ini tetapi kami tidak akan berada di sini sekiranya Roma bukan sebuah pasukan yang baik.

“Kami sedar mengenai kualiti yang kami miliki. Kami akan beraksi sebagai sebuah pasukan yang mantap kerana itu akan menjadi kunci utama untuk kami berjaya.

“Apabila anda beraksi di separuh akhir, menjulang trofi sudah menjadi sasaran. Pada peringkat awal ia mungkin tidak berada di dalam fikiran tetapi selepas tiba di sini, kamu perlu memikirkannya untuk memberikan suntikan semangat.

“Sejak 20 tahun lalu, Roma sentiasa menjadi pencabar yang kuat dalam saingan ini, kami tidak perlu takut dengan mana-mana pasukan kerana segalanya mungkin berlaku,” jelasnya.

Sebagai rekod, Dzeko menghabiskan masa selama empat tahun setengah di Etihad selepas menyertai City pada Januari 2011 hingga Ogos 2015 dengan meledak 72 gol dalam 189 perlawanan termasuk membantu pasukan itu memenangi Piala FA dan Piala Liga Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI