fbpx

Mayweather bakal turun tentang Paul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYWEATHER (kiri) akan sekali lagi turun ke gelanggang menyertai perlawanan pertunjukkan menentang Paul di Stadium Hard Rock, Miami, Jun depan. – AFP

LOS ANGELES – Petinju terbaik sepanjang zaman, Floyd Mayweather sah kembali sekali lagi ke gelanggang apabila akan turun menentang personaliti YouTube, Logan Paul pada sai­ngan pertunjukan di Stadium Hard Rock, Miami pada Jun depan.

Sebelum ini, pertarungan itu dikatakan akan berlangsung pada Februari lalu, namun ia ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Justeru, Mayweather mengakui teruja dan menganggap ia merupakan pertarungan bersejarah.

“Logan Paul dan saya akan bertarung di Stadium Hard Rock. Mayweather, Fanmio and Showtime akan bekerjasama memberikan anda pertaru­ngan epik,” kata Mayweather di ­Instagram.

Bagaimanapun, pengumuman itu tidak menyatakan le­bih lanjut mengenai jumlah pusingan dan saiz sarung ta­ngan bakal digunakan pada perlawanan pertunjukan tersebut.

Mayweather kali terakhir bertarung secara profesional pada tahun 2017 ketika dia menumbangkan jaguh UFC, Conor McGregor dengan TKO di Las Vegas pada 2017.

Kemudian, Mayweather kembali beraksi pada perlawanan pertunjukan dengan menentang Tenshin Nasukawa pada tahun 2018 dan turut menjuarai perlawanan tersebut.

Paul, 26, kali pertama terbabit dengan sukan tinju ketika menentang YouTuber Britain, KSI pada 2018 yang dilaporkan telah berjaya menarik 1.3 juta penonton berbayar seluruh dunia sebelum pertarungan semula pada 2019 di Los Angeles. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI