fbpx

Usahawan hartanah, Azlan Al-Amin dakwa difitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azlan menunjukkan salinan laporan polis dan status Facebook yang didakwa memfitnahnya di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Usahawan hartanah, Muhammad Azlan Al-Amin mendakwa reputasinya sebagai ahli perniagaan tercemar selepas difitnah beberapa individu termasuk beberapa ahli keluarga angkatnya di media sosial.

Beliau yang juga peneraju Azlan Al-Amin Group Holdings Sdn. Bhd. mendakwa menerima pelbagai tohmahan berikutan status yang telah dimuat naik ahli keluarga arwah bapa angkatnya di laman Facebook beberapa hari lalu.

“Saya didakwa telah melarikan diri dan mencagar geran tanah milik arwah ayah angkat sehingga tanah itu dilelong oleh pihak bank.

“Selain itu, saya juga dituduh hidup senang kerana menipu. Status (dimuatnaik) tersebut telah membuatkan saya dikecam teruk,” dakwanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhammad Azlan berkata, beliau telah membuat laporan polis berhubung status yang dimuat naik di laman Facebook tersebut di Balai Polis Jerteh, Besut semalam.

Tambahnya, beliau juga bercadang untuk memfailkan saman sivil terhadap 10 individu terlibat termasuk ahli keluarga angkatnya pada masa terdekat.

“Tuntutan saman tersebut sedang dalam peringkat dokumentasi dan akan difailkan ke mahkamah tidak lama lagi.

“Saya kemukakan saman ini bagi memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menabur fitnah tanpa usul periksa,” dakwanya.

Sebelum ini, Muhammad Azlan tular kerana bangkit menjadi hartawan menerusi perniagaan hartanah walaupun asalnya beliau bekerja sebagai pengutip sampah.

Beliau mengabadikan kisah hidupnya menerusi penulisan buku ‘Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan’. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI