SEJAK dua hari lalu, drama Tak Sempurna Mencintaimu kerap sohor kini dalam Twitter.
Apabila dibelek satu demi satu ciapan netizen, rupa-rupanya drama tersebut sohor kini kerana ramai yang tidak gemarkan karakter heroinnya iaitu Intan Najuwa.
Kata netizen, karakter Sirat yang dipegang Intan dalam drama tersebut sangat tidak masuk akal kerana terlampau naif.
Lebih teruk, ada yang menyifatkan jalan cerita drama arahan Emi Suffian itu sangat lemah.
“Sekurang-kurangnya bukan aku seorang yang kurang pahala puasa kerana drama ini.
“Tolonglah drama Melayu, kenapa suka sangat cipta watak seperti Sirat ini? Wanita memang untuk watak begitu sajakah?” tulis netizen.
Sehingga hari ini, ramai yang masih meluahkan rasa tidak puas hati dengan naratif tersebut.
Sabarlah semua, itu semua hanya cerita ciptaan manusia, bukannya realiti pun. Tapi biasanya, itulah yang berlaku.
MIZZ LAHAR: Netizen tak habis-habis minta jalan cerita drama di Malaysia berubahlah! Jangan klise sangat.