fbpx

Polis rampas 304 peket dadah dalam bungkusan minuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEKET minuman teh berperisa buah yang disyaki mengandungi dadah dirampas dalam serbuan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bagan Serai semalam.-IHSAN PDRM

IPOH- Polis menahan seorang lelaki dan merampas 304 peket minuman teh berperisa buah yang dicampur dengan serbuk disyaki dadah dalam serbuan di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol di Bagan Serai, semalam.

Difahamkan, serbuk tersebut merupakan campuran dadah jenis syabu, ekstasi dan ketamin.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 33 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak pada pukul 6.10 petang.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek menjumpai 304 paket plastik pelbagai warna disyaki mengandungi dadah dengan anggaran berat 6,802 gram.

“Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM121,600 dan dalam serbuan itu kita turut menyita Perodua Myvi yang disiasat di bawah Akta Pelucutan Harta 1988.

“Suspek yang ditahan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tambah beliau, siasatan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau bersabit dadah dan direman tujuh hari sehingga 4 Mei ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI