KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidian Malaysia (KPM) memaklumkan pemberian bantuan komputer riba seperti yang dijanjikan dalam Belanjawan 2021 telah bermula dan proses berjalan dengan baik.
Menterinya, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sehingga kini kira-kira 13,000 unit komputer riba telah disampaikan kepada penerimanya bagi sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Perkembangan pemberian komputer riba telah bermula dan proses berjalan dengan baik dan akan diteruskan untuk pemberian seterusnya,” katanya ketika sesi soal jawab sidang akhbas khas KPM di sini hari ini.
Dalam pada itu, Radzi memaklumkan KPM akan mengumumkan satu prosedur operasi standard (SOP) lengkap berkaitan status pelajar-pelajar di sekolah berasrama pada ketika ini untuk pulang ke rumah masing-masing dalam masa terdekat. -K! ONLINE