fbpx

Kedah umum bantuan khas Aidilfitri RM1,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika mengumumkan bantuan khas Aidilfitri pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas sempena Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada semua pegawai dan kakitangan awam negeri.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemberian tersebut bakal memberi manfaat kepada seramai 5,300 pegawai dan kakitangan awam negeri termasuk pekerja kontrak serta mereka yang bercuti separuh atau tanpa gaji.

“Secara keseluruhannya, pemberian bantuan khas ini melibatkan perbelanjaan berjumlah RM5.3 juta dengan pembayaran akan dibuat sebelum ketibaan 1 Syawal.

“Pemberian ini mengambil kira kutipan hasil kerajaan negeri untuk suku pertama 2021 yang agak baik berbanding tempoh sama tahun lepas, justeru ini merupakan penghargaan terhadap kerja keras yang diberikan kakitangan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI