fbpx

India dilanda gempa kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa berukuran 6.0 magnitud itu menyebabkan retakan pada bangunan. -AFP

NEW DELHI – Gempa bumi kuat melanda Assam di timur laut India berlaku awal hari ini, menyebabkan retakan pada bangunan dan orang ramai berlari lintang pukang untuk menyelamatkan diri.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan.

Pusat Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, gempa bumi berukuran 6.0 magnitud itu dikesan di kawasan berbukit di negeri Assam, berhampiran sempadan India dengan Bhutan.

Gegaran dan gempa susulan dapat dirasai beratus-ratus kilometer dari utara Bengal dan juga di Bhutan dan Bangladesh.

Gempa itu turut menjejaskan Tezpur, bandar dengan 100,000 penduduk yang terletak kira-kira 45 kilometer dari pusat gempa.

“Ia berlaku lebih daripada 20 saat dan kami sangat takut.

“Dinding bergegar ketika kami sedang melarikan diri ke tingkat bawah dan jalan raya juga bergerak, semua orang sedang terkejut,” kata seorang penduduk Tezpur, Swati Dey kepada AFP.

Menteri Kesihatan Assam, Himanta Biswa Sarma menrusi satu ciapan di akaun Twitter memuat naik foto dinding yang rosak di bangunan Guwahati beberapa minit selepas gegeran itu.

Perdana Menteri India, Narendra Modi berkata beliau telah bercakap dengan pihak berkuasa negeri dan berjanji akan memberikan bantuan daripada kerajaan pusat.

Wilayah Himalaya terkenal dengan gempa bumi besar yang berlaku setiap tahun.

Satu gempa bumi pada tahun 1950 mengorbankan 4,800 individu di Assam dan Tibet. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI