fbpx

Gurauan seksual bukan perkara normal- Diana Danielle

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DIANA Danielle

PETALING JAYA – Terpanggil untuk bersuara tentang isu gurauan seksual di sekolah, pelakon Diana Danielle berharap agar golongan pendidik tidak menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 30, topik atau jenis gurauan yang hendak disampaikan perlulah mengikut kesesuaian umur mereka

“Kepada guru yang suka cakap merapu di dalam kelas, merepek dan berkelakuan tidak senonoh adalah stau perkara berbeza.

“Hendak bergurau dengan budak ikutlah peringkat kematangan mereka. Jika kanak-kanak, tahap gurauan mereka tidak sama dengan pelajar sekolah,” tulisnya dalam satu entri Instagram semalam.

Pelakon drama Kamelia itu juga turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjadikan gurauan seksual sebagai satu perkara normal dalam kalangan masyarakat.

“Jangan normalisasikan perkara ini. Golongan pendidiklah yang seharusnya menjadi contoh ketika di sekolah.

“Kalau bukan mereka, hendak harapkan makcik kantin sekolah?,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, isteri kepada pelakon dan pengarah Farid Kamil itu turut memuai naik tangkap layar beberapa muka surat dokumen Rang Undang-Undang tentang Kesalahan-kesalahan yang berhubung dengan pengantunan kanak-kanak.

Sejak minggu lalu, isu gurauan seksual di sekolah menjadi antara topik hangat yang dibualkan netizen selepas sebuah video seorang pelajar perempuan tular dalam media sosial.

Pelajar itu mendakwa gurunya bergurau keterlaluan apabila menggalakkan muridnya melakukan perbuatan rogol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI