fbpx

Penyelia, pekerja pengiriman wang dicekup menipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KLANG – Dua termasuk seorang penyelia yang dipercayai terlibat dalam penipuan pengiriman wang bernilai RM11,210 dicekup dalam dua serbuan berasingan semalam.

Kedua-dua suspek masing-masing lelaki dan wanita berusia 30 dan 35 tahun yang diburu sejak lapan bulan lalu ditangkap dalam tempoh tiga jam bermula pukul 3.04 pagi di Setapak dan Taman Sentosa, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mereka dikehendaki selepas terlibat dalam menipu seorang wanita berasal dari Sabah berusia 59 tahun pada Ogos tahun lalu.

Katanya, mangsa telah pergi ke sebuah kedai perkhidmatan kiriman wang berdekatan stesen bas Klang Jalan Pos Baru.

“Wanita itu kemudiannya telah berjumpa dengan suspek wanita yang merupakan pekerja kedai berkenaan dan menyerahkan wang secara tunai sebanyak RM 11,210 untuk dihantar ke Indonesia.

“Bagaimanapun, selepas tiga hari kemudian mangsa menerima panggilan daripada keluarganya di Indonesia dengan didapati wang yang dikirim masih belum diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, mangsa kemudiannya telah pergi semula ke kedai perkhidmatan kiriman wang dan berjumpa dengan suspek wanita itu.

Ujar Nurulhuda, suspek berjanji akan menghantar wang yang dikirim pada keesokan hari namun sehingga kini belum diterima keluarga mangsa.

“Semakan rekod mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI