fbpx

Pochettino mahu uji Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE bakal disenaraikan dalam aksi bertemu City selepas kecederaan yang dialami pulih sepenuhnya. – TWITTER PSG

PARIS – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mula melancarkan perang psikologi menjelang separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Manchester City di Parc des Princes awal pagi esok.

Beliau yang juga bekas pengurus Tottenham Hotspur menghamburkan pujian kepada ­pengendali City, Pep Guardiola yang dianggap sebagai jurulatih terbaik dunia.

Justeru, Pochettino mengakui gembira serta tidak sabar untuk bertemu Guardiola dan menguji kemampuan pasukannya dengan menentang pasukan terbaik di England itu.

“Bagi saya, beliau (Guardiola) adalah jurulatih terbaik di dunia. Saya sangat menyanjung Guardiola kerana beliau sudah lakukan tugas yang baik bersama City.

“Saya tidak sabar untuk mencabar beliau dan pasukannya pada perlawanan itu nanti. Kebijaksanaan beliau digunakan sebaiknya bersama pasukan itu,” kata Pochettino.

Sementara itu, beliau turut memberi jaminan bintang PSG, Kylian Mbappe akan diturunkan pada perlawanan tersebut kerana kecederaan yang dialami tidak serius.

“Kami fikir kecederaan yang dialami tidak terlalu serius, jadi dia sedia untuk diturunkan pada perlawanan itu nanti. Bagaimanapun, kami akan menilai kea­daannya sebelum perlawanan bermula,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI